Dasar Privasi
English | Bahasa Malaysia
Dasar Privasi Fusionex
Selamat datang ke halaman dasar privasi Fusionex. Kami mengambil berat mengenai data anda dan maklumat yang dinyatakan dalam dasar privasi ini yang memperincikan dasar privasi kumpulan syarikat Fusionex.
Privasi anda adalah amat penting kepada kami. Dasar ini akan menerangkan bagaimana kami menggunakan dan melindungi data peribadi anda dari ketika anda mengakses laman web ini atau menggunakan produk atau perkhidmatan kami. Dengan menggunakan laman web dan perkhidmatan kami, anda bersetuju dengan penggunaan Fusionex berkaitan data anda seperti yang dinyatakan di bawah. Sekiranya terdapat apa-apa perubahan kepada dasar privasi ini, kami akan memperbaharui maklumat di halaman ini dengan sewajarnya.
Maklumat yang dikumpul oleh kami
Kami boleh mengumpul maklumat sama ada secara langsung (sebagai contoh, melalui maklumat yang anda bekalkan apabila anda mendaftar untuk buletin atau mendaftar untuk memberi komen di laman forum) atau tidak langsung (sebagai contoh melalui teknologi laman web kami). Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang anda bekalkan adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan maklumat tersebut adalah dikemas kini.
Kami boleh mengumpul dan memproses maklumat-maklumat berikut untuk mentadbir dan/atau mengurus hubungan anda dengan kami seperti contoh-contoh berikut yang mana termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- Maklumat yang dibekalkan semasa mengisi borang-borang di web kami, yang mana merangkumi pendaftaran untuk menggunakan laman web ini, melanggan perkhidmatan, buletin dan amaran kami, mendaftar untuk persidangan atau meminta ”white paper” atau maklumat lebih lanjut. Kami mungkin akan memberikan penjelasan bagi menjawab soalan-soalan mengenai tujuan data peribadi anda diperlukan dan bagaimana ia akan digunakan dan anda boleh memutuskan untuk membekalkan maklumat tersebut atau sebaliknya.
- Sekiranya anda menghubungi kami, kami boleh menyimpan rekod surat-menyurat tersebut untuk tujuan pematuhan dalaman kami.
- Apa-apa catatan, komen atau kandungan lain yang anda muat naik atau pos dalam laman web tersebut.
- Maklumat mengenai komputer anda, termasuk (jika anda), alamat IP, sistem operasi dan jenis pelayar anda, untuk pentadbiran sistem, menyaring trafik, mencari domain pengguna dan melaporkan statistik.
- Butir-butiran mengenai lawatan anda ke laman web kami dan sumber-sumber yang anda akses (termasuk tetapi tidak terhad kepada, data trafik, data lokasi, weblogs dan data komunikasi lain.
Apabila maklumat ini berkaitan dengan anda atau dapat mengenal pasti anda, kami akan menganggapnya sebagai “data peribadi”.
Penggunaan maklumat yang dikumpulkan
Kami menggunakan data peribadi untuk membekalkan maklumat yang diminta, dan tujuan-tujuan lain yang akan dijelaskan apabila data dikumpul. Sebagai contoh, kami mungkin menggunakan data peribadi anda termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan-tujuan berikut:
- Untuk menilai, memproses dan menyediakan produk, perkhidmatan dan/atau kemudahan kepada anda.
- Untuk mentadbir dan/atau mengurus hubungan anda dengan kami.
- Untuk menjawab pertanyaan atau aduan mengenai apa-apa masalah yang timbul daripada dan/atau mengenai dengan apa-apa transaksi dengan kami.
- Untuk mengatur penyertaan anda dalam apa-apa acara yang dilanjurkan oleh kami, termasuk mesyuarat, seminar, persidangan, latihan, promosi atau kempen.
- Untuk berkongsi data peribadi anda berhubung dengan potensi untuk bekerja dengan kami.
- Untuk berkongsi data peribadi anda berdasarkan apa-apa perjanjian yang anda telah meterai dengan kami untuk tujuan mendapatkan nasihat undang-undang dan/atau kewangan.
- Untuk mematuhi syarat undang-undang atau peraturan yang berlaku dan untuk menzahirkan data peribadi anda di bawah kehendak undang-undang, peraturan, arahan, atau perintah mahkamah yang berkenaan untuk kami.
- Untuk mematuhi apa-apa arahan atau perintah daripada mana-mana pihak berkuasa Malaysia yang memerlukan penzahiran data peribadi anda.
- Untuk simpanan kami, mengekalkan sandaran data peribadi anda sama ada di dalam atau di luar Malaysia.
- Untuk memenuhi permintaan anda untuk “white papers”, artikel, buletin atau kandungan lain.
- Untuk memperibadikan dan meningkatkan pengalaman laman web anda dan pengalaman anda dalam menggunakan produk-produk atau perkhidmatan kami.
- Untuk menghubungi anda untuk tujuan pemasaran di mana anda telah bersetuju dengan ini.
Maklumat IP dan pelayar anda juga akan dianalisa untuk menentukan keberkesanan laman web, perkhidmatan dan produk-produk kami; dan juga untuk membantu kami untuk mengenal pasti cara untuk memperbaiki laman web, perkhidmatan dan produk-produk kami.
Perkongsian data peribadi dengan pihak ketiga
Data peribadi anda tidak akan dijualkan ,dipindahkan kepada pihak ketiga atau dipindahkan ke luar Malaysia tanpa persetujuan anda. Walau bagaimanapun, kami mungkin menzahirkan data peribadi anda kepada pihak ketiga untuk pelaksanaan satu atau lebih tujuan-tujuan berikut:
- Mana-mana pihak yang dicalon atau dilantik oleh kami untuk tujuan melaksanakan tanggungjawab kami kepada anda.
- Pusat-pusat data dan/atau “server” yang berada di dalam atau di luar Malaysia untuk tujuan penyimpanan data.
- Penyedia perkhidmatan pengurusan kemudahan penyimpanan dan rekod.
- Agensi kerajaan Malaysia mahkamah, tribunal, badan kawal setia, pengawal selia industri, kementerian, dan/atau agensi atau badan berkanun, pejabat atau perbandaran di mana-mana bidang kuasa, jika diperlukan atau diberi kuasa untuk berbuat demikian, untuk memenuhi undang-undang, peraturan, perintah atau penghakiman mahkamah atau tribunal atau pertanyaan daripada pihak berkuasa yang berkenaan.
- Rakan niaga kami, pembekal produk dan/atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga, pembekal, vendor, pengedar, kontraktok atau ejen, berdasarkan keperluan untuk mengetahui, yang menyediakan produk-produk dan/atau perkhidmatan yang berkaitan dengan perniagaan kami, atau untuk melepaskan atau melaksanakan satu atau lebih tujuan-tujuan di atas dan tujuan-tujuan lain yang diperlukan untuk mengendalikan dan mengekalkan perniagaan kami.
Data peribadi sensitif
“Data sensitif” dijelaskan oleh undang-undang privasi data Eropah dan undang-undang privasi data lain-lain untuk memerlukan layanan khas, termasuk keadaan di mana persetujuan nyata diperlukan. Secara amnya, kami tidak mengumpulkan data peribadi sensitif melalui laman web ini. Namun, jika timbul keperluan, yang mana adalah sangat jarang berlaku, kami akan mengumpulkannya bersamaan dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, dan setakat yang tidak dibatasi oleh undang-undang perlindungan data Eropah (termasuk tetapi tidak terhad kepada European Union’s General Data Protection Regulation (jika berkenaan). Sekiranya anda memilih untuk membekalkan data peribadi sensitif tanpa dimintakan, anda bersetuju kepada penggunaan data tersebut oleh kami, tertakluk kepada undang-undang seperti yang dijelaskan dalam dasar privasi ini. “Data sensitif” mungkin merangkumi nombor identiti peribadi, asal keturunan atau etnik, pendapat politik, kepercayaan agama falsafah atau kepercayaan lain, kesihatan fizikal atau mental individu, data biometrik atau genetik, kehidupan seksual, atau rekod jenayah (termasuk maklumat mengenai aktiviti jenayah yang disyaki) atau pelakuan atau pengataan pelakuan apa-apa kesalahan.
Keselamatan data
Kami mengambil berat dan berusaha untuk melaksanakan kaedah keselamatan prosedur teknikal, fizikal, elektronik dan kaedah keselamatan yang sesuai untuk menjaga keselamatan data peribadi yang dikumpulkan melalui laman web kami bersamaan dengan undang-undang, peraturan dan piawaian industri yang berlaku untuk melindungi daripada penzahiran dan/atau pemprosesan data peribadi anda yang tidak sah.
Kami berkomited untuk melaksanakan kemas kini kepada langkah-langkah keselamatan kami dari semasa ke semasa, di mana praktikal, dan untuk memastikan pihak ketiga yang diberi kuasa hanya menggunakan data peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam halaman dasar privasi ini.
Walaupun kami telah mengambil berat dalam melaksanakan langkah-langkah keselamatan ke laman web Fusionex dan komunikasi elektronik anda dengan kami, ia juga merupakan tanggungjawab anda untuk memahami bahawa Internet bukan media yang selamat yang membolehkan maklumat dan data peribadi untuk mengalir ke rangkaian yang disambungkan ke sistem kami tanpa mengira langkah-langkah keselamatan dan boleh diakseskan dan digunakan oleh orang selain daripada orang, data tersebut disasarkan kepada.
Dari semasa ke semasa, laman web kami boleh membekalkan pautan kepada dan daripada laman web rangkaian rakan kongsi dan pengiklan kami. Sekiranya anda mengikuti pautan ke mana-mana laman web ini, sila ambil perhatian bahawa laman web tersebut mempunyai dasar privasi mereka sendiri dan kami tidak akan menerima tanggungjawab atau tanggungan untuk polisi atau laman web tersebut. Sila memeriksa dasar privasi laman-laman web tersebut sebelum anda menghantar data peribadi anda kepada laman-laman web tersebut.
Pemprosesan data peribadi
Olehsebab Fusionex mempunyai kehadiran global, kemudahan dan pelayan penyimpanan teknologi maklumat kami mungkin terletak dalam bidang kuasa yang berbeza dari tempat anda mengakses tapak kami atau menggunakan produk dan perkhidmatan kami, dalam keadaan sedemikian, data peribadi anda mungkin disimpan dalam pelayan yang terletak di bidang kuasa yang berbeza. Sebarang storan sedemikian akan berlaku mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 dan undang-undang perlindungan data Eropah yang relevan (termasuk European Union’s General Data Protection Regulation). Kami akan berusaha untuk memastikan bahawa langkah-langkah yang munasabah diambil untuk memastikan bahawa semua pihak ketiga tersebut tidak akan menggunakan data peribadi anda kecuali untuk tujuan yang dibenarkan dan untuk melindungi kerahsiaan data peribadi anda dengan secukupnya. tanpa mengira negara di mana data peribadi anda diproseskan oleh Fusionex.
Selanjutnya, kemudahan dan “server” penyimpan tekonologi maklumat kamu mungkin bertempat di bidang kuasa yang berbeza dari tempat anda mengakses laman web kami atau menggunakan produk dan perkhidmatan kami, dalam keadaan itu, data peribadi anda boleh disimpan di dalam “server” yang bertempat di negara yang berbeza. Kami akan berusaha untuk memastikan bahawa langkah-langkah yang wajar diambil untuk memastikan bahawa semua pihak ketiga tidak akan menggunakan data perbadi anda kecuali untuk tujuan-tujuan yang dibenarkan dan untuk melindungi kerahsiaan data peribadi anda dengan secukupnya.
Hak anda
Sejauh mana yang diizinkan oleh undang-undang yang berkenaan, anda berhak untuk mengetahui jika kami menyimpan data peribadi anda, dan sekiranya kami menyimpan data peribadi anda, anda boleh meminta akses kepada data peribadi tersebut, meminta sesalinan dan mengharuskan data peribadi tersebut untuk diperbetulkan jika tidak tepat. Anda juga boleh menghubungi kami mengenai apa-apa pertanyaan atau aduan mengenai data peribadi anda. Anda boleh menghubungi kami melalui butiran yang dinyatakan di di bawah.
Bersamaan dengan Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010, dan sejauh mana yang tidak dibatasi oleh undang-undang perlindungan data Eropah yang relevan (termasuk European Union’s General Data Protection Regulation), kami boleh (i) mengenakan bayaran untuk memproseskan permintaan akses atau pembetulan anda kepada data peribadi tersebut; dan/atau (ii) menolak permintaan anda untuk membetulkan data peribadi tersebut dan memberi anda asas untuk penolakkan tersebut.
Anda boleh memilih untuk tidak membenarkan atau menghentikan komunikasi pemasaran yang dihantar kepada anda dengan memilih kotak-kotak tertentu pada surat-menyurat yang relevan yang dihantar oleh kami atau dengan menunjukkan keputusan anda dengan berkomunikasi dengan kami melalui butiran kenalan yang dinyatakan di bawah.
Penyimpanan data Peribadi
Data peribadi yang dibekalkan kepada kami akan disimpan sehingga tujuan data peribadi anda dikumpul oleh kami selesai. Sekiranya tujuan data peribadi anda dikumpul dihentikan atau tidak diperlukan lagi, data peribadi anda akan dimusnahkan atau diragamkan daripada rekod kami secara bersamaan dengan dasar dalaman kami tertakluk kepada pematuhan dengan keperluan undang-undang atau peraturan kami.
Cookies
Cookies adalah fail teks yang mengandungi sejumlah maklumat kecil yang telah dimuat ke dalam komputer atau peranti mudah alih anda ketika anda melawat laman web untuk tujuan penyimpanan rekod, dan adalah digunakan oleh kami untuk mengesan lawatan anda ke laman Fusionex.
Fusionex boleh dari semasa ke semasa menggunakan beacon web atau teknologi lain-lain untuk tujuan-tujuan serupa yang mungkin termasuk dalam pemasaran pesanan e-mel atau buletin kami untuk menentukan sama ada mesej telah dibuka atau pautan diklik. Beacon web tidak meletakkan maklumat pada peranti anda, tetapi boleh berfungsi bersama dengan Cookies untuk memantau aktiviti laman web.
Apabila anda menggunakan laman web kami, anda bersetuju bahawa kami boleh meletakkan Cookies pada peranti anda seperti yang dijelaskan di atas. Anda boleh mengatur pelayar anda untuk menolak semua atau sesetengah Cookies, atau untuk memberi amaran kepada anda apabila laman web menetapkan atau mengakses Cookies. Sekiranya anda mematikan atau menolak Cookies, sila ambil perhatian bahawa beberapa bahagian laman web Fusionex mungkin tidak dapat diakses oleh anda atatu tidak berfungsi dengan baik. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Cookies yang kami gunakan, sila merujuk kepada jenis-jenis Cookies digunakan oleh kami di bawah. Melainkan jika anda telah mengubah suai tetapan pelayar anda untuk mematikan atau menolak Cookies, sistem kami akan mengeluarkan Cookies sebaik sahaja anda melawat laman web kami, walaupun anda sebelumnya telah menghapus Cookies kami.
Tambahan pula, penamatan atau penolakkan Cookies akan menghalang apa-apa beacon web daripada menjejaki aktiviti pengguna anda di laman web kami. Beacon web ini akan tetap membuat lawatan tanpa nama, tetapi maklumat unik anda tidak akan direkodkan.
Jenis Cookies yang digunakan oleh laman web ini
Cookies yang sangat diperlukan- Cookies ini penting untuk membenarkan anda melayar laman web dan menggunakan ciri-cirinya, seperti mengakseskan kawasan selamat di laman web tersebut. Tanpa perkhidmatan Cookies ini, apa-apa yang diminta oleh anda tidak dapat dibekalkan. Kategori Cookies ini termasuk Cookies Pelawat Berdaftar di mana pengecam unik diberikan kepada setiap pengguna yang berdaftar, dan ia digunakan untuk mengenalinya melalui lawatan mereka dan ketika mereka kembali ke laman web ini.
Cookies Pelaksanaan – Cookies ini mengumpulkan maklumat mengenai bagaimana pelawat mengguna laman web, contohnya, halaman yang sering dilawati oleh pelawat, dan jika mereka mendapat mesej ralat dari laman web. Cookies ini tidak mengumpulkan maklumat yang mengenal pasti pelawat. Semua maklumat yang dikumpulkan oleh Cookies ini adalah tanpa nama dan hanya digunakan untuk memperbaiki cara laman web berfungsi.
Padamasa depan, kami mungkin akan menggunakan media sosial pihak ketiga yang mungkin mencatat maklumat mengenai anda, contohnya jika anda klik butang “Add This” atau “Like” untuk laman web social media apabila di dalam laman web kami. Aktiviti-aktiviti di dalam laman web ini tidak berada di bawah kawalan kami dan kami tidak menerima tanggungjawab atau tanggungan untuk apa-apa aktiviti di dalam laman web ini. Anda boleh mencari maklumat keselamatan laman media social masing-masing dan kami mengesyorkan bahawa anda membacakan syarat-syarat penggunaan dan dasar privasi laman web tersebut sebelum menggunakannya.
Bahasa yang Terpakai
Sekiranya terdapat konflik atau percanggahan antara terma-terma dan syarat-syarat Bahasa Inggeris dalam Dasar Privasi ini dan terjemahannya, teks Bahasa Inggeris akan digunapakai dan menggantikan terjemahan lain atau versi lain dalam Bahasa lain.
Butiran
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai Dasar Privasi ini atau ingin membuat aduan atau permintaan akses atau pembetulan data berkenaan dengan data peribadi anda, sila menghubungi kami seperti butiran di bawah:
Untuk perhatian: “Fusionex Personal Data Protection Officer”
Alamat: Level 12, Tower A, Plaza 33, No. 1 Jalan Kemajuan, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
E-mel: dpo@fusionexgroup.com.com
Nombor telefon: +603-7711 5397.
Dasar privasi ini telah dikemas kini pada Jun 2023.